BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Nor Haslinda Maulad Azmi

Nor Haslinda Maulad Azmi

Wednesday, March 14, 2012

Andai Ikhtiaruddin Tahu....

Andai Eden tahu..
Apabila Bek jatuh cinta,Eden tidak semestinya punya segalanya tetapi Eden adalah segalanya di hati Bek.


Andai Eden tahu..
Apabila Bek mengalirkan air mata, itu bukan bermakna Bek lemah, tetapi Bek sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai Eden.


Andai Eden tahu..
Apabila Bek marah, memang Bek tidak mampu mengawal perasaan Bek tapi percayalah, itu maknanya Bek sangat mengambil berat dan menyayangi Eden. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.


Andai Eden tahu..
Apabila Bek cerewet, Bek tidak pernah bermaksud untuk membuat Eden rimas, tapi Bek mahu Eden mengenali Bek dengan lebih dekat.


Andai Eden tahu..
Apabila Bek berkata Bek mahu Eden berubah, itu bukan bermakna Bek tidak mahu menerima Eden seadanya, tetapi Bek mahu menjadikan Eden lebih baik, bukan untuk diri Bek, tetapi untuk masa depan Eden.


Andai Eden tahu..
Apabila Bek cemburu dan tidak percayakan Eden, bukan bermakna Bek tidak sayang..tetapi Bek terlalu sayangkan Eden dan masih menganggap Eden anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang Bek terlalu risau sekiranya terlalu percaya, Eden akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuan Bek sangat kuat. Bek hanya mahukan yang terbaik untuk Eden .


Andai Eden tahu..
Apabila Bek merajuk, jangan kata Bek mengada-ngada. Bek bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat Bek rasa dihargai.


Andai Eden tahu..
Apabila Bek jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud Bek tidak mencintai Eden tetapi Bek mahu Eden merasai sendiri cinta Bek, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuh Bek.


Andai Eden tahu..
Apabila Bek kata Bek rindu dgn Eden, Bek benar-benar maksudkannya.


Andai Eden tahu..
Apabila Bek kata lelaki lain lebih baik dari Eden, jangan percaya kata-kata Bek kerana Bek hanya mahu menguji Eden. Bek mahu melihat sejauh mana Eden sanggup menjadi yang terbaik di mata Bek. Walaupun sebenarnya memang Eden lah yang terbaik di hati Bek. Selagi Bek dengan Eden, percayalah, walaupun Bek menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di mata Bek tetapi di hati Bek, Eden tetap yang terbaik.


Andai Eden tahu..
Apabila Bek berkata kasar, Bek bukan bermaksud utk berkasar, tapi Bek mahu melihat sejauh mana Eden mampu bersabar dengan sikap Bek. Percayalah, hati Bek sangat lembut.


Andai Eden tahu.. 
Apabila berkata, “tolong tinggalkan Nda!”, Bek tidak bermaksud menyuruh Eden pergi selamanya. Bek hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila Bek kembali tenang, percayalah Bek akan mencari Eden semula. Itu tandanya Bek benar-benar mencintai Eden. Bek sulit untuk mengawal perasaan. Bek terlalu emosional. Tapi Bek paling menyayangi Eden dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri Eden.


Andai Eden tahu..
Sememangnya Allah menciptakan IKHTIARUDDIN dan HASLINDA dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya Kita saling memahami, Kita akan saling melengkapi dan menyempurnakan . HASLINDA diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air mata HASLINDA, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan IKHTIARUDDIN merasa selamat bersama HASLINDA. Biarpun sebenarnya HASLINDA tampak lemah tapi HASLINDA punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat IKHTIARUDDIN menjadi lemah kerana HASLINDA. Jadi hargailah kehadiran HASLINDA dalam hidup IKHTIARUDDIN kerana HASLINDA didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi HASLINDA juga ada kekuatan untuk menyongkong IKHTIARUDDIN dan membuatkan hidup IKHTIARUDDIN lebih sempurna. INSYAALLAH HASLINDA yang bakal menjadi Seorang yang bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 IKHTIARUDDIN.

ANDAI EDEN TAHU

0 ulasan: